PILLAR NEWS

saluran alternatif masyarakat

Maruah Yang Dijaja

Posted by pillarnews on July 23, 2010


Salam sekali lagi.

Maruah adalah satu unsur yang amat bernilai. Bagi sesetengah mausia, nilaian maruah tiada tolok bandingnya. ‘Dijaja’ pula amat sinonim dengan menjual, melariskan, atau lebih mudah, berniaga. Maruah merupakan sesuatu unsur yang perlu dipertahankan sedangkan ‘Dijaja’ pula bermatlamat keuntungan dan pasaran yang terbuka bak kata orang ekonomi. ‘Maruah’ dan ‘Dijaja’ amat berbeza baik dari aspek definisi mahupun penghayatan. Namun, apabila ada pihak yang cuba mencampur-adukkan kedua-duanya atau menghalalkan persenyawaan antara kedua-dua terma ini, atas nama hak-hak peribadi, kebebasan individu, atau profesionalisma berkerjaya, buruk padahnya.

Melihat sejenak kepada perkembangan industri lakon layar, seni tari, seni suara, seni visual, dan perfileman negara, segalanya berlaku dengan amat rancak. Semakin hari, makin ramai bintang atau permata muda dalam industri ini yang dilahirkan. Saluran atau platfom kemunculan mereka, tidak terkira banyaknya. Mereka penuh dengan pembaharuan dan nilai-nilai kontemporari. Yang bergelar ‘orang lama’ atau vateran seni pula, yang sarat dengan pengalaman tentu sukar digugat. Senario ini mewujudkan persaingan karier dan kerjaya yang amat sengit. Mereka perlu bersaing bagi membintangi filem-filem terkini, mendapat peluang membuat rakaman album terbaru dan sebagainya. Suasana ini bukan sahaja tentang survival mereka dalam industri seni, namun juga barkaitan periuk nasi mereka.

Lumrah manusia, dalam sengitnya survival, hanya yang terbaik atau berfikiran   sedikit terkehadapan akan selamat. Tuntutan karier memerlukan mereka lebih berani didepan lensa kamera bagi memastikan nama selaku pelakon laris dan menggunung tawaran menjelma pula. Meskipun pada dasarnya, dia si pelakon itu adalah seorang muslim atau muslimah, namun atas desakan arus, dia tewas. Tiada masalah baginya berpakaian seperti pelakon Holiwood, asalkan dia jadi pelakon utama. Adakah ini yang sewajarnya?

Ini baru satu aspek yang dapat disentuh pada coretan kali ini. Jika hendak kita bicarakan semua, tidak tertulis jadinya. Bukan tujuan artikel ini untuk menghentam industri seni negara. Seni itu tiada salahnya. Berlakon itu tiada silapnya. Menyanyi itu tidak semestinya membawa lalai dan leka. Semua ini adalah sebahagian dari Islam. Apa yang penting adalah kita melihat aspek holistiknya dan menyeluruhnya Islam ini.  Jangan kerana hendak dapat nama, maruah selaku seorang muslim digadai dengan semurahnya.

Maruah tak ternilai

Salam Takzim

Posted in SEMASA | Leave a Comment »

IOF soldiers injure 2 children and reporter, arrest foreign activists

Posted by pillarnews on July 12, 2010


Three Palestinians, including two children, were injured and a number of activists arrested during an attack by Israeli occupation forces (IOF) on an anti-settlement march in the town of Beit Ummar north of Al-Khalil at noon Saturday.

Local sources said that soldiers fired sound bombs, tear gas, and rubber bullets at participants in the march, which was bound for land threatened with confiscation near the Karmi Tsur settlement, which resulted in several injuries.

The sources confirmed that three people were injured during the clashes, including a press photographer Nasser Shyoukhi, who was afflicted with minor bruises, 14-year-old Mohammed Ibrahim Abu Maria, who was hit in the back with a canister, and 8-year-old Mohammed Jawad, who was hit with a sound bomb to the head.

The IOF soldiers arrested a number of activists, who participated in the march by the dozens, and transported them to unknown destinations.

Israeli settlers living in Karmi Tsur collaborated to suppress the march by throwing stones and shouting racial slurs at participants.

In similar instances, IOF soldiers arrested Saturday at dawn two Palestinians from Al-Khalil.

Local sources said that Israeli forces arrested Abdul Qadir Mustafa after raiding his house in the Arroub refugee camp north of the city, after a group of youngsters threw stones at an Israeli bus passing near the camp.

In the village of Dura, IOF forces arrested Palestinian Majid Ektait after a raid on his house, and erected a barrier in the town’s center.

IOF troops also erected a barrier in downtown Al-Khalil at the entrance to the Old City and detained dozens of Palestinian young men and citizens, and handed summons to a number of them.

Posted in DUNIA | Leave a Comment »

Hasan al-Bana antara Manhaj Islah dan Manhaj Perubahan (siri 3 )

Posted by pillarnews on July 12, 2010


Metodologi Al-Bana dan Jalannya

Al-Imam Hasan al-Bana menjelaskan beberapa pandangannya berkaitan cara-cara melakukan proses perubahan. Antara pemikirannya ialah :

1. Perjuangan Secara berpelembagaan ( an-Nidhal al-Dusturi)

Iaitu Ikhwan mencalonkan ahli-ahlinya terlibat dalam sistem pilihanraya untuk mewakili umat dalam kerusi parlimen ( dewan rakyat).Suara-suara dakwah dapat diangkat dalam platform-platform rasmi dan saling bantu membantunya dan mendorongnya menuju kepada kekuatan pelaksanaan. (Risalah Muktamar Keenam)

2. Revolusi

Pendekatan revolusi merupakan kaedah yang paling keras menggambarkan fenomena kekuatan tetapi ia bukanlah cara Ikhwan dan Ikhwan tidak mengimani manfaatnya dan hasil-hasilnya. ( Risalah Muktamar Ke 5 dan 6)

3. Kekuatan

Kekuatan adalah simbol Islam dalam setiap sistem dan undang-undangnya. Peringkat pertama kekuatan  daripada tahap-tahap kekuatan ialah kekuatan akidah dan iman, diikuti kekuatan kesatuan dan ikatan. Kemudian kekuatan tangan dan senjata. Tidak harus untuk menyifatkan sesuatu jamaah itu memiliki segala kekuatan sehinggalah ia memenuhi makna segala kekuatan tersebut.Jika sebuah jamaah menggunakan kekuatan tangan dan senjata sedangkan akar umbinya dan rangkaiannya goyah, sistemnya tidak stabil  atau lemah akidah dan imannya tidak membara, maka jamaah akan menuju kepada kehancuran dan kebinasaan diakhirnya. [ Risalah Muktamar Ke-5]

4. Penggunaan Kekuatan

Kekuatan bukanlah merupakan penyelesaian pertama tetapi ia merupakan penyelesaian terakhir.Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap manusia mengimbang antara hasil penggunaan kekuatan yang bermanfaat dan yang memudaratkan dan segala perkara yang merangkumi situasi tersebut. Tidak wajar seorang manusia menggunakan kekuatan  yang boleh  terjadi selepas itu sesuatu yang memudaratkan.

Jamaah ( Ikhwan) tidak menggunakan kekuatan kecuali jika dalam keadaan terdesak iaitu (tiada pilihan lain).Kekuatan yang dimaksudkan ialah  menggunakan kekuatan yang bersifat amali (praktikal) dimana tidak ada alternatif selain daripadanya iaitu apabila mereka menyakini mereka telah melengkapkan diri dengan iman dan kesatuan. Bila jamaah menggunkan kekuatan ini maka ia menjadi sebuah jamaah yang mulia, hebat dan berterus terang. Dimulakan dengan member amaran dan peringatan, kemudian mereka menanti seketika, setelah itu mereka akan mara kehadapan dengan penuh rasa mulia dan izzah. Mereka akan bersedia memikul segala kesan dari sikap dan pendirian mereka, tidak meletakkan beban kepada orang lain, jamaah ini percaya ( thiqah) dengan pertolongan dan bantuan allah.[risalah Muktamar ke -5)

Rumusan dari Manhaj Hasan al-Ban

  1. Islam merupakan manhaj perubahan (taghyiri) yang merangkum segenap dimensi kehidupan.
  2. Tidak ada halangan untuk berpegang kepada setiap langkah-langkah pembaikan (manhaj islah) selagi mana ia boleh membawa kepada  mencapai maksud perubahan yang sebenar (dikehendaki) dengan syarat ia selari dengan prinsip syarak.
  3. Metodologi  Hasan al-Bana terhadap agenda perubahan seiringan dengan manhaj perubahan yang dibawa oleh Islam, juga manhaj ar-Rasul SAW.
  4. Metodologi Hasan al- Bana  menolak kaedah-kaedah revolusi sebagai wahana untuk membawa agenda perubahan Islam.
  5. Manhaj yang dikemukan oleh Hasan al-Bana tidak menggunakan kaedah kekuatan kecuali jika memenuhi syarat dan dhawabit (disiplin) yang telah ditentukan oleh syarak.
  6. Metodologi hasan al-Bana berpegang kepada wahana ‘an-Nidhal ad-Dusturi’ (perjuangan perlembagaan) iaitu merubah melalui institusi-institusi perlembagaan (parlimen dan kerajaan, institusi-institusi masyarakat ) sebagaimana yang terdapat dalam risalah muktamar.

Posted in FIKRAH | Leave a Comment »

SEJARAH BARU DICIPTA

Posted by pillarnews on July 12, 2010


Andres Iniesta menjaringkan gol dalam masa tambahan dan membantu Sepanyol mengalahkan Belanda 1-0 untuk gelaran Piala Dunia pertamanya. Mereka telah mencipta sejarah setelah hampir 60 tahun menunggu, akhirnya segala usaha berbalas dengan Trofi Kejuaraan Piala Dunia menjadi milik mereka. Mereka telah mencipta satu sejarah dalam lembaran sejarah milik negara mereka. Bagaimana kita? Cukupkah kita sekadar menjadi saksi akan kejayaan yang dicipta Sepanyol. Memadaikah dengan hanya bersembang dan mengagumi pencapaian mereka? Kita juga perlu mencipta sejarah sendiri agar tidak tenggelam dalam sejarah orang lain.

Posted in SUKAN | Leave a Comment »

Ayuh BERKONSERT

Posted by pillarnews on June 30, 2010


Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban menjemput hadir ke Konsert DemiMu Al-Aqsa.

Ufuk Dakwah Itu LUAS dan ayuh kita mengenalinya menerusi medium KONSERT!!!

Harga tiket BERPATUTAN-VIP=RM 30 / DEWASA @ PELAJAR IPT=RM 10 / SEKOLAH MENENGAH=RM 8 / PERCUMA untuk bawah 12 tahun

PERTANYAYAAN-0193091820( OMAR KASSIM )

Posted in IKLAN | Leave a Comment »

Hasan al-Bana antara Manhaj Islah dan Manhaj Perubahan ( Siri 2 )

Posted by pillarnews on June 30, 2010


Metodologi Al-Bana dalam berinteraksi dengan pihak kerajaan

Imam Hasan al-Bana telah menggariskan beberapa pendekatan beliau dalam berinteraksi dengan pihak pemerintah dan kerajaan. Katanya : ‘Di sana ada beberapa kaedah dan polisi yang menentukan politik kami terhadap kerajaan’. Ia merupakan apa yang telah dimulakan oleh Imam As-Syahid dengan melaksakannya bermula diperingkat dakwah khassah ( khusus).[ Muzakkirat]

1. Kami tidak menuntut pemerintahan untuk kepentingan diri kami, jika sekiranya kami mendapati umat bersedia untuk memikul beban dan melaksanakan amanah serta berhukum dengan manhaj Islam berpandukan al-Quran, maka kami adalah tentera,pendokong dan penolongnya. Jika kami tidak mendapatinya, maka usaha menuntut satu pemerintahan (Islam) adalah merupakan sebahagian dari manhaj kami, kami akan bekerja untuk membebaskannya dari tangan-tangan kekuasan mana-mana kerajaan yang tidak melaksanakan perintah Allah. [Risalah Muktamar Khamis].

2. Kami akan kemukakan kepada kerajaan gagasan agenda pengislahan (reformasi)[Nahwan Nur], kami akan berbicara dihadapan pihak kerajaan dengan lidah dan tatacara yang rasmi sebagai satu usaha untuk penyatuan hati-hati.[Muzakkirat].Kadang-kadang agenda Islah dan manifesto itu ditujukan kepada non muslim. Justeru ia perlu berasaskan kepada adab-adab pengucapan tanpa ada rasa rendah diri.

3. Sekalipun segala usaha keras yang dikorbankan untuk perkara tersebut, kami amat mengetahui mereka yang mendapat pendidikan dari pihak penjajah (bangsa asing), yang cenderung kepada aliran pemikiran mereka amat sukar untuk menerimanya.Kami tidak dapat menjangka akan berlaku di sana kesan amali terhadap tuntutan kami. Sesungguhnya mana-mana bangsa yang hilang identiti keislaman dalam jiwa –jiwa mereka, rumah-rumah mereka, urusan kehidupan secara umum atau khusus amat lemah untuk melimpahnya (Islam) kepada orang lain dan mengemukakan gagasan dakwah. Orang yang tidak memiliki apa –apa tidak mampu untuk member. Sesungguhnya tuntutan yang sebenarnya ialah berusaha untuk membina generasi baru yang terdidik dengan ajaran Islam. [Ikhwan Muslimun tahta raayatil al-Quran]. Dengan ini kami akan berada diposisi (sikap) memberikan nasihat sehinggalah allah membuka antara pintu hati –hati kita dan bangsa kita cahaya kebenaran, dan allah adalah sebaik-baik pemberi petunjuk.[Risalah Muktamar Khamis]

4. Al-Bana meneruskan ungkapan beliau dengan katanya: “ kadang-kadang Ikhwan mengajukan kepada pihak kerajaan dengan mengemukakann khidmat mereka untuk menetapkan tuntutan mereka diposisi pelaksanaan. [ Muzakkirat], kecuali tugas-tugas ini semuanya hendaklah kekal berdiri dengan kaedah-kaedah syarak. Kami tidak akan menyertainya dalam perkara mungkar sekalipun dengan alasan hujah politik.[Muzakkirat].

5. Kadang-kadang Jamaah ini juga terdedah kepada tipudaya pihak kerajaan selepas ia dibenarkan beraksi dalam gerak kerja politik. Pihak jamaah hendaklah bersikap lunak dalam pendiriannya dan berusaha untuk menjadikan segala angin pusing (kerosakan) yang melanda dihapus dan disentuh dengan zahir kemuliaanya jika pucuk pimpinan mendapatinya kebaikan yang lambat.

Posted in FIKRAH | Leave a Comment »

PERJUANGAN YANG SUCI

Posted by pillarnews on June 30, 2010



Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.


Hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha..
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak. –  Riwayat At-Tirmidzi

Posted in SEMASA | Leave a Comment »

KEKAL ZIONIS

Posted by pillarnews on June 22, 2010


Tidak ada cara untuk mengalahkan Zionis melainkan dengan perang. Manusia yang takbur, tidak mengiktiraf hak-hak kemanusiaan tidak perlu dibiarkan wujud di dunia ini.

Zaionis sudah lama memerangi kita; melalui sistem pendidikan, ilmu-ilmu yang disogok, fakta-fakta yang diputarbelit, neraca nilai yang diubah, melalui adat budaya yang dijadualkan, pesta-pesta lupa akhirat yang dipromosikan, nafsu-nafsu sex yang dibangkitkan, diprovokasikan dan anak-anak gadis manusia yang dirosakkan. Anak-anak lelaki dididik menjadi lembik, tidak sanggup berjuang, berkhayal dengan muzik dan gila sex. Anak-anak gadis dihilangkan perasaan malu kepada maksiat tetapi menjadi malu jika dilihat warak dan bertakw

a.

Golongan yang berjuang saling menuding jari menyalahkan sama sendiri kerana terperangkap dengan budaya fikir politik yang mementingkan sokongan majoriti melalui memburuk-burukkan pihak lawan. Budaya ini membuakkan perasaan hasad dan iri hati, memadamkan rasa ihsan, kasih-sayang dan berbaik sangka sesama muslimin. Sikap pemaaf, mencari ruang untuk memberi kemaafan seolah-olah tertutup dan diganti dengan perasaan dendam dan melobi orang lain untuk sama-sama berdendam.

Namun itulah kehendak Allah kerana menguji manusia dan sebagai bukti di akhirat siapakah yang layak menghuni syurgaNya. Sudah menjadi sunnatullah menjadikan dunia pentas perjuangan, tempat bekerja bagi merealisasikan misi yang telah ditentukan Allah kepada manusia.

Allah menguji kita dan Allah ingin melihat siapakah di antara kita yang “Ahsanu Amala” terbaik kerja-kerjanya; berhati-hati, memerhati, menilai, membanding, mencari yang terbaik, melakukannya dengan teliti, tersusun dan tidak terburu-buru.

Cukuplah peristiwa pembunuhan Zionis terhadap anak-anak kapal bantuan ke Gaza ini meyakinkan kita siapa sebenar Zionis..

Realiti kita hari ini diselubungi jahiliyyah kurun ke-20… sofistikated, terancang sejak proses menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah di awal abad ke-14 lagi.

Kerja-kerja kita mendidik generasi pelapis untuk hidup di bawah naungan al-Quran, membina semula individu Islam, keluarga Islam dan daulah Islam berasaskan ukhuwwah imaniyyah dan tadayyun total adalah kerja menghidupkan sunnah perjuangan Nabi s.a.w. ketika jahiliyyah menguasai dunia.

Semoga kegagalan menghantar bantuan ke Gaza merupakan kejayaan besar dalam membuka mata dunia terhadap hakikat Zionis ini.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Yang Dipertua ISMA DHL
Blog: Renungan2u

Posted in FIKRAH | Leave a Comment »

PIALA DUNIA : SATU PENANTIAN

Posted by pillarnews on May 26, 2010


Bola sepak adalah satu alat yang mampu menyebabkan dunia terdiam seketika. Seluruh perhatian teralih padanya saat kejohanan berprestij tinggi ini bermula. Sebagai permulaan, mari kita kenali sejarah Kejohanan Piala Dunia sebagai informasi tambahan buat sekalian peminat mahupun individu yang dikelilingi peminat sukan ini.

How It All Began

World Cup TrophyThe seeds which marked the beginning of this great event were planted by the president of the World Football Federation, in 1926. There would be no such thing as a world cup history if it were not for Jules Rimet, who first took the presidency in 1921. The positive message infused by Rimet is summarized by his famous words “Soccer could reinforce the ideals of a permanent and real peace”, as he pushed to organize an international event that would make no discrimination on the grounds of professional or amateur status. As his words were spoken the plans for a world tournament involving all of the federations was being planned for the coming 3 to 4 years. Along with the help of 5 other officials, Rimet organized the event for 1930. Via congressional meetings of the World Football Federation the semantics for the tournament were laid out and finalized.

On May 26th, 1928 the World Cup was born. History was changed forever as five European countries plus a chosen host of Uruguay planned to hold the first tournament on May 18th, 1929 at the congress of Barcelona. Uruguay was chosen as host based on their outstanding Olympic record, and as Rimet was encouraging a regime of international peace, utilizing the reputation the Olympic games already held was simply intelligent leveraging.

The actualization of the event did not transpire until the year later, when on July 13th, 1930 the first game of the first world cup kicked off in Pocitos Stadium, and France beat Mexico 4 to 1. This truly marked the beginning of a long and wonderful world cup history.

The first world cup was the only event to not involve the modern qualifying rounds. The only European teams involved were France, Belgium, Yugoslavia, and Romania. Other European teams either wished to remain in purely Amateur events, or argued that the expected trip time was far too long. Other than Uruguay six additional south American teams participated, including Argentina, Brazil, Bolivia, Chile, Paraguay and Peru.

Winners of the 1st World Cup - Uruguay - 1930
Winners of the 1st World Cup – Uruguay – 1930

Two teams remained to complete the final 13 for 1930, Mexico and the United States. The U.S. was utilizing a heavily Scottish roster for the event.

In the end it was Uruguay battling Argentina for the cup. Victory and the first world cup went to Uruguay as they beat the Argentineans 4 to 2.

Posted in SUKAN | Leave a Comment »

Imam Hasan Al-Bana antara Manhaj Islah dan Manhaj Perubahan (Siri 1)

Posted by pillarnews on May 26, 2010


Untuk memahami metod perubahan dan pengislahan yang dibawa oleh Imam hasan Al-Bana. Eloklah kita mengkaji

beberapa analisa pemikiran dan sisi pandangan tokoh ini terhadap dakwah berasaskan kerangka penulisan beliau seperti tercatat dalam risalah Majmuah Rasail dan Muzakkirat Da’ie wa Dai’yah.

Imam Hasan Al-Bana menjelaskan antara ciri-ciri dakwah IM ialah tadarruj fil al-khutuwat (beransur-ansur dalam setiap tahap) . Beliau juga telah menggariskan peringkat-peringkat amal iaitu Marhalah Takrif -peringkat propaganda, pengenalan, mengemukakan gagasan fikrah dan menyampaikan kepada khalayak dalam pelbagai peringkat bangsa. Kemudian Marhalah Takween iaitu memilih ansor (pendokong) dan menyediakan barisan tentera,menyiapkan sof dari kalangan para mad’u kemudian kepada Marhalah Tanfiz (pelaksanaan), amal dan intaj (menghasilkan produk).

Peringkat 1 : Dakwah Umum

Objektif :

Marhalah ini ialah marhalah mendidik umat, menyedarkan masyarakat dan merubah kebiasaan umum, menyucikan jiwa dan ruh, menebarkan prinsip-prinsip kebenaran, jihad, amal dan kebaikan dikalangan manusia. (muzakkirat da’ie wa daiyah)

Wasilah :

1. Mengadakan kelas-kelas pengajian, ceramah-ceramah, ucapan , penulisan, deligasi, kembara, perhimpunan , lawatan dan lain-lain lagi.(hal nahnu qaumun ‘amaliyun).Ini merupakan dari sebahagian wasilah takrif.

2. Memilih anasir-anasir solih untuk memikul beban jihad dan mengumpul sebahagian daripada mereka dalam satu kumpulan. (risalah taklim).Ini merupakan proses takween (pembentukan). Antara metod di marhalah ini ialah usrah, katibah, pasukan pengakap, jawlah, latihan kesukanan dan lain-lain lagi. ( risalah muktamar ke-5)

3. Melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan khidmat umum seperti membina masjid dan memakmurkannya, membuka dan menyelia sekolah dan perpustakaan, mewujudkan kelab-kelab, mendamaikan manusia di desa dan bandar, menjadi pengimbang antara golongan kaya yang alpa dan golongan fakir yang memerlukan bantuan dengan melakukan kerja-kerja keihsanan, mengumbul derma dan bantuan untuk diedarkan pada sempena-sempena tertentu, majlis –majlis perayaan (dakwatuna fi thaurin jadeed), mengadakan institusi, melaksanakan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.(hal nahnu qaumun amaliyun). Ini merupakan sebahagian daripada wasilah pelaksanaan dalam pengertiannya yang umum dan ia merupakan sebahagian dan maksud daripada proses marhalah takrif. (risalah taklim).

Peringkat 2 : Dakwah Khusus

Objektif :

Menyampaikan dakwah kepada seluruh pemimpin yang terdiri dari pimpinan negara, para menteri, pemerintah, ulama, senator, ahli parlimen dan pemimpin parti politik. Seruan ketika ini ialah dakwah ke arah manhaj dan agenda perubahan yang dibawa oleh Ikhwan, projek dan programnya tersendiri  berada dihadapan para pemimpin tersebut, menuntut mereka mengemudi negara Mesir di atas landasan Islam dengan penuh keberanian tanpa rasa curiga, jelas tanpa ada sangkaan,keraguan dan kesangsian. Jika mereka menerima seruan dakwah ini dan berjalan dengan cara ini untuk satu matlamat , maka kami akan membantu mereka. Jika sekiranya mereka memilih untuk berkonfrantasi, maka kami mengisytiharkan perang terhadap para pemimpin atau ketua parti politik atau organisasi yang tidak bekerja membantu Islam atautidak  berjalan  atas satu jalan kea rah mengembalikan hukum Islam dan keagungannya.

Contoh Aktiviti :

Antara contoh aktiviti di fasa ini ialah menubuhkan lujnah (biro)perlembagaan dan undang-undang untuk mengkaji struktur dan sistem pemerintahan, membuat perbandingan antara sistem ini dengan sistem-sistem Islam dan menerangkan aspek perbezaan tersebut.

Peringkat 3 : Menegakkan Daulah

Ia merupakan fasa yang tidak dicapai oleh Imam Hasan al-Bana ketika hayatnya dalam bentuk yang menyeluruh. Namun ada usaha-usaha menuju ke arah tersebut dengan pencalonan diri Imam Hasan al-Bana untuk bertanding dalam majlis perwakilan (anggota parlimen) pada tahun 1942 dan 1944 walaupun akhirnya beliau menarik diri.

Manakala dari aspek penglibatan Ikhwan dalam perang Palestin telah memberikan kesan kepada politik Mesir dan sekutunya.Termasuk ketika itu usaha melakukan pembunuhan terhadap Imam Hasan al-Bana secara licik tidak membuka ruang bagi beliau menentukan langkah-langkah seterusnya dari marhalah ini.

Apa pun yang terjadi, kita boleh membuat rumusan berdasarkan tulisan beliau di dalam Majmuah Rasail sebagai peringkat perjuangan menegakkan daulah.

Objektif :

Fasa ini ialah peringkat membebas dan memerdekan negara dari segala bentuk kekuasaan luar (asing) yang bukan Islam samada dari aspek politik, ekonomi, spiritual. Membaiki kerajaan hingga menjadi kerajaan yang benar-benar Islam melalui kaedah nasihat dan peringatan. Jika kerajaan ini enggan maka hendaklah disingkirkan dan dijauhkan (pecat).(Risalah Taalim)

Peringkat 4 : Mengembalikan Khilafah

Peringkat ini dilakar oleh Imam Hasan al-Bana secara teorikal. Beliau menjelaskan bahawa jika terbentuk sebuah kerajaan Islam dalam pelbagai negara di dunia Islam, semestinya kerajaan tersebut mengadakan kerjasama kebudayaan dan ilmu, kemasyarakatan, ekonomi antara sesama rakyat seIslam. Kerajaan itu juga menjalinkan perjanjian, menganjurkan dewan perhimpunan, muktamar antara negara-negara itu sehingga membentuk kelompok ummah  Islamiah.

Jika sekiranya  sempurna perkara tersebut kepada umat Islam, akan terhasil dari perhimpunan  itu seorang ketua yang bertindak sebagai penghubung ikatan , tempat berhimpun segala gugusan umat dan tempat kecintaan segala jiwa dan hati.(Risalah Muktamar Khamis)

Posted in FIKRAH | Leave a Comment »